Umum

Aku Tolak jaga ank buah lepas abg dan kak ipar mninggal. Bagi pada orang luar tapi Tak sngka mereka trgamak layan ank kecil sbegitu rupa.

Foto sekadar hiasan.

Assalamulaikum semua. Perkenalkan, aku seorang perempuan, berumur 34 tahun. Aku terpanggil untuk menulis hari ini sebab terbaca berita pasal kemlangan yang meraagut nywa suami isteri lalu meninggalkan 3 orang anak2 yang masih kecil. Kejadian di keratong, rompin.

Anak2 yang ditinggal, berumur 6 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Umurnya sama macam anak2 aku masa kehilangan mama dan ayah 10 tahun lepas. Sambil menaip, sambil mnangis. Al-fatihah untuk arwh abang dan kakak ipar.

Sekali lagi, hati aku rasa terpkul, mnangis mengenang nasib anak2 yang ditinggalkan tu. Aku tak tau macam mana nak gambarkan perasaan ni. Aku tak tau macam mana dorang nak hadapi hari2 dorang tanpa ibu dan bapa lagi.

Rutin harian yang takkan pernah sama macam sebelum2 nya. Aku sebak. Aku harap anak2 itu akan dijaga oleh orang yang baik2. Semoga anak2 itu tak lalui apa yang anak abang dan kakak ipar aku lalui waktu umur2 mereka.

Setiap kali aku terbaca kes kemlangan yang macam ni, mesti aku akan terimbau kenangan 10 tahun lepas. Kenangan yang akan aku bawak sampai mti. Kenangan dimana aku menjadi manusia paling bd0h sebd0h bd0hnya.

Episod hidup aku berubah 360 darjah. Dari seorang graduan yang baru je habis ijazah, bujang kepada status “mak dan bapak” pada umur 24 tahun. Kehilangan satu satunya abang kandung menjadikan aku satu satunya anak tunggal.

Aku dipaksa menjaga 2 orang anak arwh abang yang berumur 3 tahun dan 2 tahun waktu itu. Tapi, disebabkan sifat aku yang masih tak matang, masih bertatih nak membina kehidupan, aku tolak anak2 itu kepada keluarga belah arwh kakak ipar.

Mak dan ayah aku pun terpaksa melepaskan cucu2. Awalnya mak dan ayah aku tak rela, sebab anak2 pun dah biasa hidup dengan kami dari lahir.

Arwh abang dan kakak ipar memang stay berdekatan dengan rumah kami. Tapi, atas sebab keluarga belah sana pun berjanji bulan dan bintang. Kami pun percaya dorang akan bagi kehidupan yang baik. Aku pun perlu fokus cari kerja, dan stabilkan kewangan waktu tu.

2 tahun berlalu yang aku takkan maafkan diri aku sampai mti. 2 tahun bukan waktu yang singkat ya. Disebabkan kebd0han idea aku untuk bagi anak2 pada dorang, aku lepaskan anak2, disebabkan kebd0hkan aku percayakan dorang, aku biarkan anak2 lalui 2 TAHUN pnderitaan. 2 TAHUN yang cukup lama untuk aku gambarkan.

2 TAHUN anak2 diderra. Fizikal. Dan mental. Remuknya hati aku tengok anak2 buat pertama kalinya, selepas 2 TAHUN aku tinggalkan, muka2 orang yang pkul, cubiit, tammpar, dan r0tan anak2 yang waktu tu cuma umur 2 dan 3 tahun. Aku akan bawak sampai akhirat. Aku akan minta Allah perhitungkan semua nanti.

Aku tak tahu kenapa trgamaknya korang pkul anak2 sekecil itu. Yatim piatu, Dan lebih menyedihkan, drah daging sendiri pulak tu! Aku biarkan korang lepas didunia, sebab aku tahu Allah ada. Setiap titis air mata yang mengalir, akan aku tuntut diakhirat sana.

Kisah 10 tahun yang takkan terpadam walaupun beribu tahun yang akan datang. Mama akan perjuangkan anak2 mama sampai akhir hayat. Memang Allah tak kirimkan mama jodoh didunia, mungkin Allah jodohkan mama dengan anak2. Jodohkan mama dengan orang tua. Mama akan bahagiakan syurrga mama.

Abang, anak2 abang dah besar. Dorang dah pandai cantik2 lebih cantik dari adik tau. Si adik baru je lepas upsr. Doakan keputusan baik2 je. In shaa Allah. Kalau abang masih ada, abang mesti bangga. Adik abang yang manja dulu ni, dah jadi adik yang paling berjiwa kental. Tak lagi cengeng mengharapkan abang.

Abang dengan kakak tenanglah. Semoga Allah pertemukan kita disyurrga.

Kepada Aryan, Areesh, dan Arfan, mama doakan kehidupan awak. Semoga ada sinar yang baru untuk awak adik beradik. Semoga Allah kirimkan orang yang baik2. Semoga menjadi anak2 yang soleh dunia akhirat. Hugs and k1sses.

Kepada bakal penjaga, semoga anak2 itu akan menjadi asbab awak masuk ke syurrga. Semoga doa anak itu menjadi penerang kehidupan awak dan keluarga. Jagalah amanah Allah itu sebaik mungkin. Saya mendoakan awak dilapangkan dada menerima mereka seadanya.

Antara komen pembaca selepas membaca perkongsian ini.

Debunga Chinta –Ada buat laporan p0lis tak lps kejadian tu? Jgn biar yer bnda2 mcm tu? Benda tu bkn perkara remeh. Kena ajar sket tak kisah la sedara mara sekali pun..

Peah Peah –Ada ganjaran pahala yg Allah berikan kepada mereka yg memelihara anak2 yatim piatu tapi ada juga golongan yg mendera dan mengabaikan malah ada yg memakan harta anak yatim. Untunglah mereka yg tahu akan ganjaran yg bakal diperolehi di sana nanti.

Mya Zara –Nangis baca.. Teringat satu confession sorg perempuan ni sanggup lpskn segalanya sbb nak jaga anak tiri dia yg yatim piatu. (suami dia aka ayah budak tu mggal dunia)

Andee AngeRiati –Better late than never.. besar pahala memelihara anak2 yatim.. Semoga beribu pintu rezeki dibuka untuk anda dan anak2 sedara anda.. Sesungguhnya, amanah itu datang dengan rahmat sekiranya dipikul dengan penuh tanggungjawab..

Norazlina Hazin Ina –Allah…Sis buat saya terfikir nasib ank2 yg ibu ayah xcdnt kebelakagn ni… Harap sgt ada pnjga yg jga dgn iklas… Sayangi lah mereka… kelak akn dihitung diakhirat….

Tolong laaa jga amanah tu.. Kalau mase mak ayah diorg masih ada kenape dilayan elok2 ank tu.. time makayah ank2 tu da xde knp perlu berubah ksh syg… knp??xtw laa knp sebak sgt klu bab2 ni….

– Mama muda (Bukan nama sebenar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *