Umum

Siti Aafiyah Rock Kan Lagu Ibunya, Anta Permana.

“11 Tahun Saya Tunggu, Tak Salah Kalau Saya…” – Siti Nurhaliza Jelas Isu 0bses Terhadap Aafiyah.Mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menepis dakwaan sesetengah pihak yang menganggap diriya terlalu obses terhadap anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid.

Siti sebaliknya menyifatkan segala gambar, video dan momen yang dimuat naik di Instagram dan YouTube hanyalah untuk simpanan buat dirinya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk masa akan datang.

Menurutnya, dia juga merasakan tindakan itu sebagai perkara normal yang sering dilakukan kaum ibu.

“Biasalah ibu-ibu nak tengok segala perkembangan anak dia dari kecil. Saya juga selalu pesan supaya pengasuh rakam apa sahaja gelagat Aafiyah.

“Ye lah, kita sibuk kadangkala terlepas perkara dan momen manis. Soal terlalu obses juga rasanya tidak benar sebab saya tidaklah selalu muat naik, ada masa tertentu juga,” katanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu, isu tersebut juga bukan satu kesalahan kerana dia telah menunggu kehadiran Aafiyah selama 11 tahun.

“Ketika usia 39 tahun barulah saya dikurniakan cahaya mata. Kita dah tunggu berapa lama, jadi yang bercakap itu mungkin anaknya ramai,” katanya

Siti ditemui ketika majlis pelancaran Kayuhan Wanita 2019 perkarangan pejabat Kementerian Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya, semalam.

Dalam majlis itu Siti dipilih sebagai Ikon Selebriti bagi mempromosikan program yang bakal berlangsung pada 26 Oktober lepas.

Vid Siti Aafiyah Rock Kan Lagu Ibunya, Anta Permana. Dah Macam Suara Bandi Am0k, Comel Sangat.

Siti Aafiyah Khalid adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Si cilik pipi merah ini adalah anak kepada penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Seri Nurhaliza dan suaminya, usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Puteri sulung Dato’ Siti dan kesayangan ramai ini dilahirkan pada 19 Mac 2018.

Nama Siti Aafiyah yang diberikan membawa maksud ‘segala yang baik’ dan nama ini dipilih ketika Dato’ Siti dan Datuk Khalid menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Ramai sedia maklum Dato’ Siti mengambil masa 11 tahun untuk menjadi seorang ibu.

Walaupun tidak mempunyai akaun laman sosial sendiri, namun Aafiyah tetap mempunyai peminatnya yang tersendiri. Keletah dan gelagatnya yang comel membuatkan sesiapa sahaja akan tersenyum menonton video-video yang dikongsikan di Instagram ibunya.

Menerusi IG Story, Dato’ Siti telah berkongsi video Aafiyah menyanyikan lagu Anta Permana. Apa yang menariknya, Aafiyah telah menyanyikan lagu itu seperti lagu rock. Alahai bijak sungguh Aafiyah, pandai pula buat lagu ibu macam lagu kumpulan Am0k yer.

Video ini turut dikongsikan di Channel Youtube Kuning Langsat. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Aafiyah yang comel dan menghiburkan itu. Antara komen-komen netizen :

Alahai Aafiyah, tak pernah lah tak comel. Ada sahaja gelagatnya yang mencuti hati. Tak sabar admin nak tunggu Aafiyah besar. Mesti cantik, baik, sopan santun macam ibunya. Kami di Berita Kopak mendoakan Aafiyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin.

Jom tonton video Aafiyah di bawah :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak/ Ig Ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *