Umum

“Umur 8 tahun, ibu mninggal”. Tak bersekolah, hnya mampu tidor di lorong belakang KFC. Kisah pilu di setiap lorong dan jalan.

Sentiasa membela nasib anak anak kecil, asnaf, ibu tunggal dan sesiapa sahaja yang tidak berkemampuan. Itulah yang seringkali kita dengar dan lihat dari kebanyakkan perkongsian dari Cikgu Fadli di laman Facebook nya.

Terkini, perkongsiannya mengenai seorang kanak kanak yang kebiasaannya kelihatan tidur di lorong belakang KFC berhampiran Ong Tai Kim. Cikgu Fadli tampil menjejaki kanak kanak tsrsebut untuk bertanyakan kisah hidupnya.

Ikuti perkongsiannya dibawah.

Seorang kanak-kanak selalu kelihatan tidur di lorong belakang KFC, dekat Ong Tai Kim. Seorang insan baik hati, Kak Nooraini perasan anak ini.

Kelihatan lesu dan memegang perut tanda kelaparan. Maka diajak masuk McDonald’s, dijamu anak ini makan dan bertanya kisah hidupnya.

Sebelum beredar, anak ini minta untuk bungkus kentang goreng. Agaknya sebagai makanan waktu malam pula.

Kak Nooraini tak lena tidur memikirkan anak ini. Siapa sebenarnya dia. Di mana dia tinggal. Kat mana dia tidur setiap malam. Apa dia sudah makan atau belum.

Maka malam tadi Kak Nooraini pm aku bercerita tentang anak ini. Tanpa buang masa, sebaik aku sampai kedai Awe jam 10:30 tadi aku kerah ‘askar-askar’ aku mengesan anak ini.

Askar-askar aku bukan kaleng-kaleng. Tak sampai 15 minit mereka mencari terus jumpa. Mereka pimpin tangan anak untuk untuk berjumpa aku.

“Jom ke kedai tu. Cikgu saya nak jumpa. Cikgu tu muka ganas, tapi dia baik.”

Geram betul aku, ada dia kata muka suci aku ni ganas. Takut-takut anak ini nak datang tadi. Hahaha.

Sebaik dia duduk, aku suruh dia order makan. Mulanya dia kata dah kenyang. Dengan sopan menolak.

Namun aku pujuk suruh order juga. Akhirnya dia mengalah. Sebelum makan dia doa dulu. Bagus budaknya. Tu diaaa, kata dah kenyang. Sepinggan penuh kejap je habis. Allahu. Nampak sangat dia sebenarnya lapar.

Aku berborak dengan dia. Bertanya tentang latar belakang dan hidupnya. Ibunya mennggal dunia masa dia umur 8 tahun. Kemlangan jalan raya.

Setelah itu dia tinggal bersama ayah tiri. Dulu tinggal di Ulu Tiram, Johor. Umur 9 tahun datang ke Kuala Lumpur.

Sejak itu dia tidak pernah bersekolah. Aku bertanya tentang ic dan surat beranak. Terus dia buka wallet, keluarkan salinan ic dan surat beranak.

Punya aku seronok dapat tahu dia ada dokumen pengenalan diri. Dokumen ni sangat penting. Bolehlah dia bersekolah nanti.

“Awak tahu baca?”

Angguk.

“Cuba baca tulisan di baju cikgu.”

Lancar dia baca. Bila aku suruh dia sebut masa dengan menunjukkan jam jarum aku, pun boleh dia sebut dengan tepat. Tambah tolak asas tu lancar je dia menjawab.

“Awak belajar kat mana?”

“Saya homeschooling je.”

“Siapa ajar?”

“Saya belajar sendiri.”

Tu dia. Homeschooling pun pandai sebut. English kau!

Budak ni ada potensi. Agak bijak budaknya. Ni kalau masuk sekolah boleh pergi jauh kalau kena gaya.

Aku siasat dengan askar-askar aku, budak ni bagus. Tak pernah mencuri, tidak mer0kok dan tidak melepak dengan budak-budak nakal.

Nantilah aku cuba usaha hubungi ayah tiri dia untuk urusan persekolahan. Tahun ni anak ini dah 13 tahun dah. Tahun depan sepatutnya dah masuk Tingkatan 2.

Katanya ayah tiri dia kerja jaga. Umur dah hampir 60 tahun. Tinggal berdua sahaja di sini.

Ayah tirinya tidak kisah dia balik atau tidak. Kadang-kadang 2-3 hari sekali baru dia balik rumah.

Terabai budak ni. Terus aku pesan kat dia,

“Lapar je datang kedai ini. Order apa awak nak makan. Datang setiap hari pun tak apa. Nanti cikgu bayarkan semua. Faham tak?”

“Baik cikgu. Terima kasih.”

Kedai Awe ni, Cina yang kurang siuman, auntie Indian yang selalu lalu lalang, beberapa keluarga asnaf, orang gila, OKU, semua aku suruh datang makan.

Datanglah untuk sepinggan nasi dan segelas air. Jangan risau. Selagi aku ada, selagi kedai Awe buka, selagi sokongan kalian pada aku ada, mereka ini takkan sesekali kelaparan.

Aku pernah melalui saat di mana duit langsung tidak ada dan hanya makan nasi sekali untuk 3 hari. Minum air paip, makan roti expired hanya untuk menghilangkan kelaparan suatu ketika dulu.

Aku tahu peritnya berlapar. Aku tahu betapa malu dan hinanya rasa diri bila tiada satu sen pun dalam kocek.

Dan aku takkan membiarkan sesiapa sahaja dalam pengetahuan dan radar aku untuk melalui saat sebegitu selagi aku mampu membantu.

Itu prinsip aku sejak dulu. Aku tidak mampu nak bantu semua orang. Namun aku cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa sahaja disekeliling aku semampu aku.

Dengan askar-askar pun aku jamu makan malam ni. Ini 2 dari 5 askar aku yang berkhidmat malam ini. Askar-askar ni anak-anak murid saya. Ayah dan pak cik mereka berniaga sekitar sini. Setiap hari mereka bantu. Setiap hari mereka akan ada sekitar sini. Senang nak kerah untuk kerja2 mengesan.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah #DanaKITA.

Yang ingin mengirim sumbangan melalui Dana Kita, ini maklumat ya :

No akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

@dana kita
#MFS

– Sentiasa ada kisah pilu di setiap lorong dan jalan.

Kawan-kawan, baca ini sampai habis. Tular sangat kisah semalam bhaya juga.

Tenang kawan-kawan. Niat nak bantu tu dah bagus. Tapi jangan buat dia terkejut dengan tindakan kalian. Karang dia lari payah pula aku nak cari.

Kawan-kawan kena ingat, dia masih ada penjaga. Walau nampak terabai, ayah tiri dia itulah yang bawa dari Johor sampai ke sini. Sediakan tempat tinggal. Bagi duit poket untuk makan, pakaian dan sebagainya.

Tak boleh dengan senang nak ambil dia gitu je. Tak boleh begitu.

Tak boleh juga pergi mengejut cari dia soal dia macam-macam. Nak bagi itu ini serentak. Membantu itu bagus, tapi kena ada cara. Wajib tahu cara. Bukan redah gitu hingga orang tak selesa.

JANGAN pergi desak dia dengan macam-macam soalan. Tak perlu nak angkut dia bawa ke mana-mana.

Sabar. Tenang. Bagi masa kat aku untuk urus satu demi satu.

Aku baru jumpa malam tadi, seterusnya susulan aku kena jumpa ayah tiri dia. Bertanya cerita sebenar, nak sahkan cerita dia. Dia masih ada penjaga.

Soal makan minum dia, tak perlu risau dah sekarang. Dia takkan lagi kelaparan. Dia dah ada tempat untuk makan.

Soal tempat tinggal, dia ada rumah. Walau jarang pulang, dia masih ada tempat berteduh.

Soal pelajaran, nanti la aku jumpa ayah tiri dia dulu. Pujuk daftarkan anak ke sekolah dan sebagainya.

Pihak Maiwp pun nak hubungi aku dan bantu anak ini. JKM pun dah ada yang merisik.

Tapi tak boleh terus ragut begitu sahaja budak ni. Tak boleh secara tiba-tiba tarik dia ke dunia baru yang belum dia bersedia.

Ni berpuluh orang dah pm nak ambil dia sebagai anak angkat. Berderet dah nak turun cari budak tu kat lokasi yang aku sebut.

Aku risau dia terkejut dan tak boleh terima tiba-tiba semua orang cari dia. Semua orang tanya soalan macam-macam. Mungkin ada pula yang mendesak hingga dia buntu.

Mungkin ada soalan yang diajukan mengguris hati dia. Yang buat dia tertekan. Yang buat dia tak selesa. Yang buat dia rasa rimas.

Sehingga akhirnya dia menyorok atau menghilangkan diri seterusnya membantutkan usaha aku nak bantu dia. Ini aku risau. Ramai sangat yang teruja ni.

Sabar kawan-kawan. Tenang. Step by step okeh. Aku tahu apa yang aku lakukan. Aku tahu cara nak bantu dia. Kalian bagi sokongan dulu dari belakang.

Apa pun terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian.#MFS

Lihat apa kata pembaca selepas membaca perkongsian Cikgu Fadli ini.

Ummi AdamNuha –Moga Allah balas kebaikan cikgu, anugerahkan aafiyah dan kesihatan serta rezeki yang melimpah untuk cikgu terus berbakti kepada masyarakat.

Roslaili G Mohamad –Jzkk cikgu. Moga Allah lipat gandakan rezeki cikgu dan para penyumbang berterusan tanpa henti dan dikurniakan afiyah , diberkati dan dirahmati dunia akhirat.

Myna AR –Hati seorang ibu, hati seorang guru, sangat2 mudah tersentuh dan rase sebak jika jumpa ank2 berpotensi, ank2 yang baik akhlaknya tapi terbiar.

Allahu. Jika aku punya daya dan kuasa utk membela mereka semua. Semoga kalian ank2 yang baik akan sentiasa berada dibawah limpah rahmat Allah.

Elyias Othman –AlhamdulilLah. Dipertemukan dengan insan yang tepat. Tak boleh bayang kalau dia diekspl0itasi oleh org2 jahat seperti pemerdagang manusia, sindiket2 ddah atau sindiket peminta sedekah.

Nusrah Shafina – Alhamdulillah. Ada lagi insan berhati mulia seperti cikgu. Semoga Allah berikan cikgu kesihatan yang baik. Insyaallah nawaitu yangg baik Allah akan perluas kan pintu rezekimu cikgu aamiin ya rabbal alamin.

Betul tu cikgu orang yang pernah berasa susah akan faham perit kehidupan hidup ini bila nak makan sesen pun Tak Ada. Allahuakbar, hidup kena teruskan juga. Nak masuk zaman 2020 dh kebanyakan yg susah bertambah susah yang senang bertambah lagi senang. Kadang2 adik beradik sndiri pun tak akan faham adik beradik sendiri yang susah orang luar yang akan faham erti susah segelintir manusia.

Cik Shahidah –Besar dah Anak ini 13tahun.

Semoga dipermudahkan Segala urusan Anak ini . Ya Allah , Ya Tuhanku . Kau permudahkan Segala urusan Anak ini Dan berikan lah kejayaan Dunia Akhirat. Gembirakan lah hati Anak ini seperti mana anak2 lain Aaammmiinn yrb.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Semoga kanak2 ini dapat bersekolah sepertimana kanak2 lain. Moga dipermudahkan segala urusannya.

Apa pula kata anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *