Uncategorized

Sepanjang beliau bertugas sebagai Doktor Tapi ini kali prtama jntung yg berbunyi sedemikian rupa, apa bunyinya saya tanya.

Hati Yang Berzikir.Foto sekadar Hiasan. Cerita ini diceritakan oleh seorang pakar jantung yang terkenal di Malaysia. Waktu tu saya baru tahun 3 di fakulti perubatan UiTM. Malam minggu lepak di Masjid Jamek Sri Petaling, terjumpa pulak dengan Profesor yang hebat ni.

Takdir Allah SWT, bayan atau ceramah pada malam tersebut menceritakan tentang wali-wali Allah yang sangat hebat amalan-amalan mereka sehinggakan boleh menjaadi asbab hidayat untuk orang-orang bukan Islam. Habis solat Isyak, bersembang dengan beliau sambil makan malam, beliau menceritakan satu kisah menarik yang boleh kita ambil pengajaran.

Cerita ini berlaku semasa beliau dah bertugas sebagai seorang pakar jantung di sebuah hospital. Seperti manusia biasa, apabila diuji dengan pangkat, kedudukan, kepandaian dan dihormati oleh semua orang, rasa diri tu bagus dan mulia berkubu di hati. Rasa keakuan yang sangat menebal di dalam diri. Begitu juga dengan keadaan beliau yang mana telah pun menjadi seorang pakar janntung yang disegani ramai.

Pada hari kejadian, beliau oncall pada waktu malam, ada seorang patient baru masuk ke dalam ward sebab serangan sakit jantung. Pesakit tersebut merupakan seorang kerabat diraja.

Seperti biasa, kes-kes yang baru masuk ward, pakar akan jumpa pesakit-pesakit tersebut. Lagi-lagi apabila Medical Officer nya beritahu yang pesakit tu menghadapi komplikasi kerana serangan sakit janntung nya.

Semasa kali pertama beliau bertemu pesakit tersebut, nampak macam orang-orang biasa, tak nampak pun macam kerabat diraja. Nampak tenang melihat wajahnya.

Habis tanya beberapa soalan kepada pesakit tersebut, beliau pun buat physical examination untuk periksa keadaan pesakit tadi. Seperti biasa, nama pun pakar janntung, lagi-lagi pesakit datang sebab sakit janntung, maka stethoscopenya terus diletakkan pada dada pesakit untuk mendengar degupan janntung pesakit tersebut.

Agak lama beliau mendengar degupan janntung pesakit tadi. Dan boleh kata dekat 4-5 kali beliau ulang untuk dengar lagi dan lagi degupan jantung pesakit tadi. Habis je dengar, beliau minta Medical Officer nya untuk dengar pulak bunyi janntung pesakit tadi. Kemudian beliau tanya apa yang dia dengar, macam biasa MO tu beritahu, bunyi jantung yang normal, ‘Lub Dub, Lub Dub’. Tak ada bunyi lain.

Beliau kata takpe, beliau dengar lagi, dan muka beliau tetap berkerut. Tiba-tiba, pesakit tadi bukak facemasknya dan pegang tangan beliau lantas menekan stethoscope milik beliau ke dadanya seakan-akan mahu beliau dengar betul2 bunyi jantungnya. Kemudian pesakit tersebut ucapkan beberapa perkataan yang tak akan beliau lupa sampai bila2.

“Kerana inilah kita hidup, kerana inilah kita bekerja dan beribadah, kita ini hina, dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali, kita cuma membawa n4jis kesana kesini, kita cuma h4mba, Dialah Rob”.

Tiba-tiba berlinang air mata beliau semasa menceritakan perkara tersebut. Saya tanya apa yang Doktor dengar masa auscultate atau periksa janntung pesakit tersebut.

Beliau jawab, beliau tak dengar bunyi janntung yang normal, beliau dah dengar ribuan bunyi jantung sepanjang beliau bertugas sebagai Doktor. Tapi ini kali pertama janntung yang berbunyi sedemikian rupa, apa bunyinya saya tanya.

Beliau beritahu, janntung pesakit tersebut berdenyut dengan bunyi Allah, Allah, Allah, Allah, Allah, Allah. Bunyi gema yang sangat kuat, tiada bunyi “Lub Dub, Lub Dub” atau bunyi lain, cuma yang ada hanya zikir Allah, Allah, Allah.

Terasa seakan-akan seluruh kemuliaan diri keluar dari diri beliau dan tersedar semuanya milik Allah SWT. Keesokan harinya, pesakit tersebut mennggal dunia.

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini, tak kira siapa pun kita, tukang kebun, petani, doktor, pilot, engineer, peniaga, manager, orang kaya atau miskin, dato atau rakyat biasa, kita semua hamba Allah SWT. Setiap perkara kita buat, perlulah dibuat kerana Allah SWT.

Apa sahaja kemuliaan yang kita rasa di dunia ini, semuanya Allah yang punya, kerana Dia Maha Mulia dan segala puji hanya untukNya. Kita hanya hamba yang hina, hari ini kita dipandang mulia oleh manusia lain kerana Allah SWT tutup aib kita, jika Allah SWT buka aib kita, nescaya seluruh manusia pasti takut nak berkawan dengan kita.– AFBA (Bukan nama sebenar).

Antara komen2 netzen.

Siti Norbaya Othman.Sgt terkesan pd saya hamba Allah serba hina ini. Pengajaran buat saya supaya selepas ini, dptlah saya berzikir pd setiap masa, didlm hati supaya orglain tidak nmpak mulut saya berzikir, yg akan mendatangkan rasa ujub dlm diri Astaghfirullah al azim.

Cikgu Sha.Deep in my heart… Semua di atas muka bumi ini milik Allah yg berkuasa… Moga Allah sentiasa melindungi aiib2 hamba Nya.

Raihan Rayhunt.“Kerana inilah kita hidup, kerana inilah kita bekerja dan beribadah, kita ini h1na, dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali, kita cuma membawa n4jis kesana kesini, kita cuma hamba, Dialah Rob”.Petikan ayat ini sgt menyentuh hati.

Arianaa Syaheera.Tahniah admin. jarang dpt bc confession berguna dan menginsafkan mcm ni. kami mahu confession mcm ni bkn ny confession suami kahwin lain, isteri curang dgn bangla carpet, mak mertua puaka, menantu tak sdr diri, roomate dari neraka. kami mahukan yg ad isi mcm ni. tq confessor share cerita yg sgt menginsafkan pd sy. bila kita belajar hari2 rs mcm luasny ilmu Allah dan hinany aku byk nya yg aku xtau. smoga kita semua dlm rahmat Allah. amin ya rab.

Arman Kastello.Tkasih atas perkongsian cerita yg hebat ini…betullah pesakit tu ckp, kita ni cuma tukang bwk n4jis aje… hebatnya seseorang manusia apabila Dia memandang kita dgn hebat … rezki confessor dpt alami peristiwa itu n dpt kenal dgn pes4kit itu.

Ana Tajul.terima kasih itulah ucapan selayaknya yg saya patut ucapkan pd confessor, kerana ketika membaca confession ini, air mata tak berhenti mengalir, terima kasih sekali lg kerana telah mengetuk pintu hati saya, sbg manusia biasa kekadang kita alpa dgn segala nikmat dunia, tanpa kita menyedari byk perkara yg kita biar berlalu pergi, confession ini adalah satu turning point kpd kita supaya tidak leka dlm mentaati segala suruhanNya.Acapkali kita lalai, ampunkan kami Ya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *