Umum

Perakam vide0 lelaki pkul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun – “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia mennggal” Baca leb.

Perakam video lelaki pvkul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun – “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia mennggal” Baca leb

Selepas insiden seorang pemuda membel4sah seorang doktor kecoh di med1a sos1al, timbul pula cerita kurang enak mengaitkan bapa tirinya pemuda tersebut yang dikenali sebagai Shah.

Umum mengetahui lelaki berusia 37 tahun itu merakam insiden kekecohan di sebuah klinik di Bandar Baru Bangi, lokasi tempat kerja doktor yang didakwa mempunyai hubungan suliit dengan isteri anak tirinya itu, petang Jumaat lalu.

Beberapa hari selepas insden itu tul4r, timbul ‘drama’ baharu apabila seorang wanita menerusi satu posting di Fcebook mendakwa Shah mengabaikan nafkah anaknya selama 11 tahun.

“Jadi siapa-siapa yang boleh sampaikan pada tukang rakam vid vir4l doktor kena pkul tu, kau claim kau tu bapak tiri si Aiman tu kan, pesan skit kat dia, anak tiri bukan main kau backup siap sokong lagi anak tiri kau pukul orang ye?

Perakam video lelaki pukul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun – “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia meninggal” Baca leb

Posting yang tular sejak Isnin menjadi perhatian netizen.

“Sayang sangat ke anak tiri. Tapi nafkah anak-anak sendiri yang dah 11 tahun tertunggak ni, kau pura-pura m4ti ye? Ha betul la tu. Si tukang rakam video tulah ex Kak Yoi. Cakap kat dia tolong sedar diri sikit. Bukan masa lagi dah nak acah-acah hero,” demikian menurut posting itu.

Posting tersebut menjadi tul4r sehingga ramai bertanya sendiri kepada Shah mengenai kesahihan dakwaan itu.

Shah ketika dihubungi mStar berkata dia mengakui sudah bercerrai pada 2008 dengan seorang wanita bernama Kak Yoi.

“Saya memang dah bercerrai dengan bekas isteri pada 2008. Kiranya isu ni dah lama settle. Kami OK dah berlapang dada… dah move on pun sebab perkara ni dah lama.

“Saya berkahwin semula pun selepas empat tahun saya dan bekas isteri bercerai. Saya pun pelik kenapa dia tiba-tiba post macam tu. Saya pun tak tahu apa niat dia,” katanya yang mempunyai tiga orang anak bersama bekas isterinya itu.

Mengenai tuntutan nafkah yang tertunggak, Shah berkata tidak timbul soal itu selepas kedua-dua pihak bersetuju tidak membuat sebarang tuntutan di mahkamah syariah.

Perakam video lelaki pukul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun – “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia meninggal” Baca leb

Shah bersama isterinya, Anna yang juga ibu kepada Aiman.

“Isu nafkah kalau ada tuntutan mesti kena bayar (duit nafkah) tapi kedua-dua pihak setuju tidak buat sebarang tuntutan.

“Cuma saya agak terkilan apabila bekas isteri tidak benarkan keluarga jumpa anak selama 11 tahun.

“Mak saya yang rindukan cucu-cucu dia pun tak dapat dapat nak jumpa mereka sampailah hari dia meninggal,” katanya.

Susulan posting itu, Shah turut dikecam netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai hukum karma di atas perbuatannya menyebarkan video hubungan sulit isteri kepada anak tirinya, Aiman.

Shah bagaimanapun enggan ambil pusing kecaman netizen kerana sudah lali dengan perkara itu.

“Biarlah orang nak kecam. Saya jenis tak kisah. Ada netizen cakap saya tinggal bini sebab nak kahwin janda kaya. Kami dulu naik skuter Karisma je kot.

Perakam video lelaki pukul doktor jawab posting nafkah anak tertunggak 11 tahun – “Mak tak dapat jumpa cucu sampai hari dia meninggal” Baca leb

Video Aiman menyerang seorang doktor di sebuah klinik yang dirakam Shah tul4r di med1a sos1al pada Sabtu.

“Sekarang ni je Alhamdulillah senang sikit. Ada rumah, ada kereta dua tiga biji, ada produk dan kedai sendiri,” katanya.

Pada masa sama, Shah berkata dia bukan sengaja mahu mensensasikan masalah rumah tangga anak tirinya itu tetapi mendakwa berbuat demikian atas permintaan Aiman.

“Saya viral pun atas permintaan Aiman sendiri. Dia rasa dia malu. Aiman tahan dah lapan bulan.

“Dia tak beritahu kami. Lagi dua minggu dia nak balik dari Dubai barulah dia ceritakan segalanya,” katanya.

Terdahulu, Shah ditahan polis pada Ahad bagi membantu siasatan kes pukul doktor berkenaan.

Aiman direman selama sehari sehingga Isnin manakala Shah dibebaskan selepas permohonan terhadapnya ditolak pihak mahkamah.

Kredit mstar online.

Semoga dapat diselesaikan dan bincang cara baik.Diharapkan pengkongsian ini memberi dapat manfaat dan dijadikan tauladan buat semua pembaca semua. Diharap pembaca juga dapat mengambil yg baik- baik yang tak elok jangan ikut pula. Jom share dan komen pendapat anda.