Umum

Lelaki ini berlari minta ampun dgn isteri dalam ceramah Ebit Lew undang sebak.

Umum sedia maklum bahawa Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi dalam memberi ceramah mengenai hubungan kekeluargaan. Seminar yang dilakukan kerap kali melibatkan pasangan suami isteri dan diakhiri dengan linangan air mata.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video seorang lelaki yang teresak-esak menangis kerana terkenangkan peng0rbanan isteri tercinta.

Menangis teresak-esak dalam pelukan isteri.

Menurut Ebit Lew, lelaki itu berasa kesal dengan sikap dirinya yang selalu berbuat salah dengan isteri sedangkan isteri tercinta terlalu baik dan sanggup menerima walau bagaimana keadaannya ketika itu.

Selepas ditenangkan oleh Ebit Lew, lelaki itu tanpa selipar terus meluru mendapatkan isteri dan memeluk erat bidadarinya serta memohon maaf atas segala khilaf diri. Situasi tersebut terlalu sebak sehingga hadirin yang hadir turut menangis.

“Terkejut sangat sebak tadi petang saya tanya siapa pernah rasa putus asa dan rasa baik mati jer. Terasa nak maati?Seorang abang ni,cerita betapa rasa selalu susahkan isteri yang baik. Buat salah padanya. Hilang pekerjaan. Buntu cari kerja. Saya dekat dan bisik padanya Allah sayang padanya. Dia ada doa Nabi saw. Doa ibubapa dan isteri. Abang tu peluk saya menangis”

“Selepas itu abang tu tanpa selipar terus berlari ke tempat isterinya peluk minta maaf. Semua sebak menangis. Ya Allah terharunya. Syukur abang ni baru dapat kerja dan berterima kaseh pada isterinya membawa beliau ke sini. MasyaAllah. Abang ini orang baik dan rendah diri. Isterinya baik dan memaafkannya. Doa seorang isteri yang solehah. Subhanallah. Syukur pada Allah”

Video Player.

Semoga peroleh kekuatan menempuhi dugaan.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet turut terkesan dan meninggalkan k0men yang pelbagai di ruangan Inst4gram pendakwah bebas tersebut.

Mereka telah memberikan kata-kata yang positif dengan berasa terharu atas tindakan yang dilakukan oleh lelaki itu. Mereka turut mendoakan agar kesejahteraan dan juga rezeki berpihak kepada lelaki tersebut serta keluarganya.

Kami yang tengok pun terasa sebak

Antaa komen netzen.

Bunga Lavender.SEbak tgok vdeo ni.. bila suami isteri ada usaha untk merubah dri lbih baik, inshaa Allah, Allah titipkn kbhgiaan dan kasih syg buat mreka.

Dyla Adilla.Takda isteri tak sayang suami , dan aku tahu takda suami tak sayang isteri. Walaupun sekecil zarah perasaan syg tetap ada. Wahai suami , kami x minta emas permata sentiasa , cukup kita ada bersama untuk berusaha ke syurga sana , berusaha bina bahagia dunia akhirat , bersama berusaha , usaha mana yang sesugguhnya , berusaha mulakan kehidupan kita bersama baru orang lain.

Takda isteri dalam dunia ni yg nak mendrhaka. Cuma suami kena ikhlas bila ditegur dan jangan cepat melenting, sama2 nak jd model yg terbaik bg anak2 dan ke Jannah insya Allah.

Sayangilah pasangan anda selagi masih hidup ddunia ini, agar tiada kekesalan dihati apabila salah seorng mennggal dunia terlebih dahulu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Ebit Lew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *