Umum

Sharnaaz Ahmad tukar fikiran enggan cerai Nabila.

Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 30 Oktober depan bagi memutuskan mengenai status rumah tangga Sharnaaz dan Nabila.

PELAKON Sharnaaz Ahmad enggan menceraikan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor kerana ingin menyelamatkan rumah tangga yang mereka dibina sejak dua tahun lalu.Sehubungan itu Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan satu  jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk pada 30 September bagi mencari penyelesaian dalam kes tuntutan cerai pasangan ini.

Terdahulu ketika prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian yang difailkan Nabila, 34.

Bagaimanapun peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz, 34, bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki diberi nama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Malah Nabila turut menyatakan pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mei lalu, Sharnaaz memberitahu hubungan rumah tangganya dengan Noor Nabila Mohd Noor dalam proses pemulihan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia lebih mengutamakan anak lelakinya Jebat Jayden Ahmad yang ketika itu mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini Sharnaaz ketika ditemui mStar memberitahu apa jua yang terjadi pada rumah tangga mereka selepas ini,  keutamaannya tetap pada anak lelakinya itu.

Sebelum ini timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu.

Pasangan terbabit yang mendirikan rumah tangga melalui sebuah majlis yang meriah pada 31 Mac 2017 dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden, Ogos tahun lalu.

Kenapa kahwin elok, nak cerai gaduh-gaduh kata Sharnaaz! Nabila pula menangis demi Jebat.

MENGENANGKAN nasib anak yang baru berusia setahun, isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila Mohd Noor gagal menahan air mata.

Momen sayu itu berlaku di hadapan pihak media selepas berakhirnya prosiding tuntutan penceraian Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Enggan mengulas lanjut mengenai permohonan cerai yang ditolak Sharnaaz, kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini memberitahu dia hanya ingin fokus untuk membesarkan anaknya, Jebat Jayden.

“Saya tak nak bagi kenyataan apa-apa lagi. Fokus saya hanya nak besarkan anak dengan baik dan beri kasih sayang secukupnya.

“Jadi, minta doa yang baik-baik sahaja,” kata Nabila kepada mStar.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang baharu berusia setahun. – Foto Instagram @sharnaazahmad dan @jebatjayden

Kemelut rumah tangga Sharnaaz dan Nabila belum menemui jalan penyelesaian apabila pelakon itu enggan menceraikan isterinya kerana ingin terus berusaha menyelamatkan rumah tangga yang mereka bina sejak dua tahun lalu.

Sehubungan itu Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan 30 September ini bagi pelantikan jawatankuasa pendamai (JKP) untuk kedua-dua belah pihak di mahkamah yang sama.

Ketika prosiding berlangsung, peguam Sharnaaz, Akhbar Din Abdul Kader memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya tidak bersetuju dengan tuntutan perceraian yang difailkan Nabila pada 27 Ogos lalu.

Menerusi permohonan penceraian itu, Nabila berkata dia dan Sharnaaz sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Jebat Jayden baharu sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada Ogos lalu. -Foto Instagram @noornabila

Malah Nabila turut menyatakan pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Nabila memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam pada itu Sharnaaz, 34, memberitahu dia ingin mencari jalan penyelesaian yang baik membabitkan rumah tangganya dengan isteri menerusi JKP.

Kata pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini, dia berharap apa sahaja keputusan dan jalan penyelesaian yang diperoleh kelak akan dipermudahkan.

“Niat saya nak mencari pendamaian dan jalan penyelesai yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Reda atau tidak, kita ada mahkamah dan kita perlu hadap benda itu.

“Kalau mahkamah dah perintah untuk JKP, maknanya kita kena ikut prosedur yang telah ditetapkan. Kenapa kahwin elok, tak kan nak cerai gaduh-gaduh,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *