Umum

Lepas kejadian itu, istri tetapkan syarat jika masih ingin bersama, tapi pelik sikap dia layan aku mmg tidak berubah.

Foto sekadar hiasan.Salam kepada semua pembaca. Saya seorang suami dan ayah kepada 3 orang anak, berkerja sebagai seorang pengurus kanan di sebuah institute kewangan yang terkenal di Malaysia dengan gaji bulanan 5 angka. Saya ingin berkongsi kisah rumahtangga dan masalah yang sedang saya hadapi. Harap pembaca2 terutamanya isteri2 di dalam dapat memberi petua2 dan nasihat yang berguna kepada saya.

Kisahnya bermula 6 tahun yang lepas. Saya telah curng terhadap isteri saya dan kecurngan saya telah diketahui oleh isteri saya. Demi mempertahankan rumahtangga yg dibina sekian lama saya telah sedaya upaya memujuk isteri supaya memaafkan saya dan memberi saya peluang sekali lagi serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

Setelah hampir sebulan saya merayu serta dengan campur tangga orang tua kedua-dua pihak, akhirnya isteri saya bersetuju memberi saya peluang sekali lagi tetapi dengan satu syarat. Syarat yang dikenakan oleh isteri saya ialah isteri akan berhenti kerja supaya mempunyai masa yang lebih untuk memantau segala gerakan dan pembuatan saya dan saya perlu membayar gaji diperolehinya setiap bulan sebagai nafkah, masa tu gaji akhir isteri adalah 3k sebulan. Kerana tekad untuk menebus kesalahan saya dan saya telah setuju dengan syarat yang dikenakan.

Ingatkan dengan menerima syarat yang dikenakan oleh isteri semuanya telah selesai dan kami sekeluarga akan kembali normal dan kami dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala. Tetapi ini cuma permulaan kepada masalah yang ingin saya ceritakan.

Semenjak dari kisah itu, saya telah kehilangan hormat dari seorang isteri. Isteri saya menjadi sangat tegas dan bercakap kasar terhadap saya, pantang ada kesilapan yang saya buat walaupun sekadar lupa membeli sesuatu yang disuruh, saya akan ditengking dan dimarahi serta akan mengungkit kisah curng saya terhadapnya. Tetapi saya bersyukur kerana Allah memberi saya keinsafan dan kekuatan yang sangat tinggi untuk saya menghadapi semua ini.

Setahun berlaku, keadaaan masih sama, dan tidak menampakkan perubahan sikap isteri pada saya, saya fikir mungkin kerana isteri saya juga penat menguruskan rumahtangga dan anak2, saya telah mengambil keputusan mengambil seorang pembantu rumah dari Indonesia untuk membantu isteri supaya meringankan bebanan kerja di rumah.

Saya juga sentiasa berusaha supaya isteri merasa bahagia dan tidak menyesal memberi peluang sekali lagi kepada saya. Oleh itu untuk tahun-tahun yang seterusnya, saya membelikan kereta dan rumah yang agak mewah untuk isteri, membawa isteri dan anak2 melancong ke dalam dan luar negara. Tetapi hasilnya tidaklah seperti yang saya inginkan. Tahun demi tahun, kini 6 tahun sudah berlalu, saya rasa saya telah melakukan yang terbaik atas kemampuan saya.

Di dalam tempoh 6 tahun ni, saya tidak pernah sekalipun meninggikan suara terhadapnya, segala yang dikehendaki saya akan turuti. Dan sepanjang 6 tahun ini juga lah saya tidak pernah menghabiskan masa untuk perkara yang tidak ada kaitan dengan keluarga selain dari kerja.

Dulu saya mempunya hobi bermain golf, kini telah 6 tahun kayu golf disimpan dalam bilik store. Saya juga tidak menghabiskan masa bersama kawan2 mahupun officemate di luar waktu kerja. Semua ini saya lakukan demi menjaga hati isteri dan mengembalikan kepercayaan dia terhadap saya.

Masalah saya sekarang ialah, sungguhpun 6 tahun sudah berlaku, sungguhpun telah banyak yang saya lakukan demi dia, hati dia masih keras seperti batu, sikap dia terhadap saya masih seperti 6 tahun yang lepas. Masih tidak ada rasa hormatnya terhadap saya walaupun di depan anak2. Apabila saya membaca sesetengah post2 yang mana isteri sangat mengharapkan suaminya yang melakukan kesalahan insaf dan kembali ke pangkuan isteri, ia boleh membuatkan mata saya menjadi basah.

Secara jujurnya saya telah mula hilang semangat setelah sekian lama saya berusaha dengan jujur dan ikhlas tetapi masih tidak dapat memberi kesan yang positif terhadap isteri saya. Siang malam saya berdoa agar Allah bukakanlah hati isteri saya, sesungguhnya saya telah insaf akan kesalahan saya dan saya hanya mahukan semua kehidupan yang harmoni seperti kebanyakan suami2 di luar sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: duniakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *