Umum

Suami aku kerja oil and gas, memang kaya, tp bila minta naik sikit duit nafkah pun nak berkira, perngai dia berubah lepas aku cakap pasal benda ni.

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum ,Saya isteri kepada seorang jurutera oil n gas. Saya terpaksa berhenti kerja kerana mengikut suami. Setibanya ditempat baru, saya ingin mencari kerja lain tetapi suami tidak izinkan. Kerana baginya dia layak untuk menyara saya. Pada mulanya mak dan ayah saya agak keberatan kerana saya antara anak yang mereka harapkan untuk bantu keluarga.

Tetapi saya akur kerana syurga itu terletak pada kaki suami. Gaji suami saya agak lumayan. Pada tahun pertama dia hanya memberikan rm200 sebagai nafkah saya. Saya asalnya wanita berkerjaya, semua keperluan saya beli sendiri. Saya suka bagi hadiah pada ibu bapa, adik beradik , anak saudara malah sesiapa yg rapat dengan saya. Bila suami nyatakan yang nafkah saya hanya 200 sy agak terkilan. Macamana nk tolong mak ayah saya, mereka kerja kampung. Mcam mana nk tlong adik sy yg masih sekolah.

Macam mana nk tolong mak ayah saya baiki rumah sebab rumah saya rumah kampung, suami selalu merungut tak selesa. Saya tahu bukan tanggungjawab saya untuk tanggung keluarga tetapi abang2 saya semuanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Anak2 ramai. Saya harap suami saya faham tu je..

Masa tu saya sedih. Saya bukan tak bersyukur tapi gaji suami saya bukan kecik. Dia selalu cakap yang nafkah mak ayah die yg utama, walhal saya sudah bagitau yang turutan nafkah itu jatuh pada isteri yg pertama. Saya pernah dengar yang Ustaz cakap anak lelaki tak wajib beri duit belanja pada mak ayah melainkan mak ayah mereka uzur dan tidak mampu bekerja. Mak ayah mertua saya dua2 sihat dan bekerja tetap.

Entahlah suami saya ni,nak cakap kedekut tak tapi ‘berkira‘. Setiap tahun Raya pasti gilir2. Dia baik dengan makayah adik beradik saya. Hadiah harijadi saya tak pernah lupa. Semua yang saya suka. Tapi paling saya terkilan bila Saya ajak balik kampung saya, dia suruh guna duit saya sendiri.

Bila saya ajak melawat saudara saya sakit, die suruh guna duit saya. Kalau ajak belanja makan keluarga saya pon mesti guna duit saya. Duit raya belah saya pon die suruh saya guna duit saya. Duit raya kanak2 dia mampu bagi Rm5 dan 10 setiap sorang. Dan orang tua Rm50 dan 100 , tetapi duit raya isteri dia xmampu nak bagi. Dia cakap duit raya tu dah habis untuk baju raya saya sepsang. Masa tu sedih jugak tapi bila saya bercakap hal tu suami cakap saya mengunkit.

Setahun kehidupan kami berjalan pantas, nak cakap kaya tak sangat , nak cakap tak cukup duit tak pernah. Tapi duit ngam2. Saya cuba slow talk dengan suami, saya cakap saya tak pernah marah die bagi duit dekat mak dia. Tapi saya mintak dia naikkan duit nafkah saya sebab gaji dia makin besar. Saya teringin nak kumpul duit nak bagi hadiah mahal2 pada dia. Dan dia setuju dia bagi saya rm1000 sebulan.

Saya pernah cakap dengan dia, jangan sampai nak orang nampak kita kaya sampai dengan isteri pon berkira. Kalau mampu bagi duit raya banyak2 pada orang luar, kenapa tak boleh bagi duit raya pada isteri. Satu lagi Isteri ni kalau suami tak mampu belikan baju raya mahal2, belanja tudung sehelai pon dah ok. Jangan terlampau berkira terutamanya bulan puasa. Gembirakanlah hati isteri nescaya rezeki mu tak pernah terputus.

Alhamdulillah, dengan menggunakan duit nafkah tu saya slow2 saya cuba berniaga. Menjadi dropship barang kecantikan. Pada mulanya keuntungan hanya beratus2 ringgit sebulan. Selepas setahun saya menjadi agent, keuntungan saya beribu sebulan.

Pada mulanya suami tak berapa sokong saya kerana saya bnyak habiskan masa dengan handphone walhal makan pakai suami tak pernah saya abaikan. Mak mertua pernah jugak menyindir sinis yang saya belajar tinggi2 tapi berniaga online sahaja. Masa tu saya nekad saya nak berjaya dan buktikan pasal semua yang saya boleh. Saya pinjam duit suami 5k untuk kembangkan bisnes.

Saya amalkan petua murah rezeki. Saya banyakkan berdoa dan menderma. Allahuakbar selepas 4 tahun saya menjadi antara stokis terbesar di Malaysia. Masa tu income saya lagi besar dari suami. Semua hutang2 saya langsaikan walaupun pd suami.

Suami pula rezeki makin mencurah2. Kereta dah ada dua. Rumah pon ada dua. Alhamdulillah rezeki kami. Mungkin berkat berikan nafkah pada saya setiap bulan. Dan Doa dari isteri buat suami yang tak putus2.

Saya mampu pakai handbag berjenama dengan duit sendiri, saya mampu beli handphone mahal dengan duit sendiri , saya mampu bagi hadiah harijadi yang mak ayah bahkan mak ayah mertua saya idamkan. Saya bersyukur. Perit lelah saya berbaloi. Segala susah payah yang saya alami terbayar. Saya suruh suami buat personal loan untuk belikan rumah kecil atas nama saya. Dan saya minta suami yang bayarkan , dan duit nafkah suami dah tak perlu bagi pada saya setiap bulan.

Tetapi tahun lepas seakan2 dunia berputar pada paksinya Company suami mengalami zaman kejatuhan Suami saya tak ada wang simpanan. Masa tu dia xmampu nak bayar rumah kereta. Tetapi disebabkan saya masih ingat waktu2 saya susah die pernah tolong saya, saya guna duit simpanan saya untuk bayar semua tu.

Sebenarnya saya mampu untuk halalkan saja duit tu tapi bila terfikir yang apa yg die pernah buat pada saya dulu saya jadi geram. Patut ke saya suruh dia bayar balik duit tu? Duit simpanan saya nak gunakan untuk baiki rumah mak ayah saya. Untuk bantu adik2 yang masih belajar dan untuk simpanan umrah mak ayah saya.

Pernah terdetik dihati saya. Adakah ini karma. Kerana suami pernah ‘berkira-kira’ dengan saya. Sekrang Allah dah tarik nikmat rezeki suami untuk setahun. Berapa kali saya pujuk dia sama2 mengaji Al Quran, sama2 solat Dhuha ,Solat Taubat. Tapi dia masih dengan diri dia. Hanya buat yang wajib. Entah saya pon tak tahu nilaikan. Saya hanya mampu berdoa agar suami saya bangkit dan kembali berjuang untuk sama2 mencari rezeki.

Cuma satu saya ingin pesan pada suami2 diluar sana. Janganlah berkira-kira dengan isteri. Kerana isterilah lubuk rezeki. Kerana isterilah akan ada disaat kau jatuh atau bangun. Kerana isterilah yang akan jaga disaat kau skit atau nzak. Isteri pula kalau rasa suami bergaji kecil, lebih baik cari kerja.

Kalau suami tak bagi kerja luar, berniaga online. Jangan pandai merungut di facebook aje. Salah satu punca suami murah rezeki pon datang nya dari Isteri yang solehah. Isteri yang baik budi pekerti. Yang menjaga auratnya. Yang baik dengan mak ayah mertua. Yang taat pada suami yg soleh. Sekian wassalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: duniakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *