Umum

“Netzen Hanya Nampak Sy Berjubah, Mereka Tak Tahu Siape Sebenarnya Sy,”- Mira Filzah.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih.

Pelakon dan pengacara Mira Filzah ada berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar seorang artis.

Kongsi Mira menerusi Youtube rasmi Michael Ang, Chit Chat with Michael Ang baru-baru ini, dia amat menitiberatkan naskah lakonannya apabila bergandingan bersama pelakon lelaki.

“Sebelum saya terima sesuatu tawaran berlakon, saya akan baca sinopsis. Dari situ, saya tahu jalan penceritaannya.

“Tapi sebagai seorang pelakon, saya juga nak pegang karakter yang berbeza,

“Apa yang penting adalah hubungan komunikasi antara pengarah, dan pelakon (lelaki) untuk berbincang dari segi lakonan, apa yang boleh dan juga sebaliknya,” kata Mira yang seronok dengan kerjayanya kini.

Akui pelakon berusia 26 tahun ini lagi, dia mendedahkan bahawa dia terlibat dengan bidang peragaan sebelum bergelar selebriti.

“Sebelum saya masuk industri ini (hiburan), saya banyak buat photoshoot model Muslimah iaitu pakaian jubah. Jadi mereka (netizen) hanya nampak saya memang dengan imej yang berjubah.

“Tapi realitinya, semasa saya belajar dulu, saya memang sudah mengenakan jeans semasa. Saya sertai kelab kebudayaan, menari sempena makan malam di fakulti saya belajar dahulu.

“Jadi, mereka tidak nampak semua itu, mereka hanya nampak saya dengan pakaian ‘jubah’,” jelas Mira.

Terdahulu, bintang cantik ini turut memaklumkan dirinya sudah pun mengenakan tudung sejak umur 18 tahun.

Bergelar seorang selebriti Muslimah, dia mempunyai had antara lelaki dan perempuan.

“Tambahan pula, kita di negara Islam di Malaysia yang ada batas antara lelaki dan perempuan,

“Peminat dan artis kena ada batas dari segi bergambar, berbual antara lelaki dan perempuan,” akur Mira.

Dalam perkembangan lain, Mira akan bergandingan bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak menerusi filem Sangkar yang akan ditayangkan pada 29 Ogos depan.

Antara komen.

Diyana Rais Berlakon mcm mne pn.. Tudung jgn laa singkat sngat… Aurat diutamakn… Sebab tak fhm… Kenapa shawl bahgian depan pendek.. Belakang panjang… Belakang nk tutup ape… Yg kena tutup bahagian depan… Selalu saya tegur anak sedara bila pkai mcm tu.

Azniel Zikrey Apa beza wanita berhijab jaga aurat, tapi bila berlakon atau dalam dunia nyata ada adegan bersentuhan bukan mahram? JANGAN SEMBANG SYURGA KALAU BELUM KENAL SEPENUHNYA IMAN DIRI.

Kimbang Amir lantak dorang la mira…buat lah apa yang awak rasa terbaik…lumrah manusia mereka hanya nampak yang buruk dari yang baik.

Fatheaah Zullaile Kawan aku kata ” inilah harga yang perlu dibayar bila duduk dalam dunia publisiti” .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Video : Youtube via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *